Juz:4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 103:
.
Ringkasan tafsir;
Ayat ini
menyeru kepada orang Islam supaya berpeganglah sekelian pada tali Allah dan
janganlah bercerai-berai dikalangan kamu. Berpegang pada tali Allah ialah semua
kamu hendaklah bersatu padu dengan penuh kemeseraan pada mentaati Allah dan
Rasul Nya dan menuju kejalan lurus.
Ingatlah
ketika dulu antara kalangan kamu saling bermusuhan berpuak-puak menjadi suku
bangsa lebih daripada yang lain yang membawa perpecahan dikalangan kaum, dan
Allah telah mengurniakan nikmat dengan mendatangkan kepada kamu agama Islam
sehinggalah mereka menjadi saudara mara yang saling bantu membantu antara satu
sama lain.
Dan Allah jelaskan kepada kamu tentang apa yang tersembunyi
dihati orang-orang Yahudi untuk memperdaya dan menipu kamu, tentang tegahan dan
perintah Nya bagitulah keadaan kamu dizaman jahiliyah dan berakhir kepada
memeluk agama Islam, ini membuktikan bahawa Islam itu membawa manusia kepada
penyatuan dikalangan umat manusia menuju kepada kejayaan dunia dan akhirat.
(lihat juga pada ayat 4.3.105)
.
[previoius] [next] [home]
.
RUJUKAN SUMBER,
Juzuk4, Surah3
Terjemahan, 101~110,[GS] https://sites.google.com/site/hartasepencarian/3-1/1
Ulasan surah 3;
[GS] https://t.co/Kf2lMbI0X8