Tuesday, February 5, 2019

Al-Imran Ayat 103

4.3.103
Juz:
4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 103:


.
Ringkasan tafsir;


Ayat ini menyeru kepada orang Islam supaya berpeganglah sekelian pada tali Allah dan janganlah bercerai-berai dikalangan kamu. Berpegang pada tali Allah ialah semua kamu hendaklah bersatu padu dengan penuh kemeseraan pada mentaati Allah dan Rasul Nya dan menuju kejalan lurus.

Ingatlah ketika dulu antara kalangan kamu saling bermusuhan berpuak-puak menjadi suku bangsa lebih daripada yang lain yang membawa perpecahan dikalangan kaum, dan Allah telah mengurniakan nikmat dengan mendatangkan kepada kamu agama Islam sehinggalah mereka menjadi saudara mara yang saling bantu membantu antara satu sama lain.
Dan Allah jelaskan kepada kamu tentang apa yang tersembunyi dihati orang-orang Yahudi untuk memperdaya dan menipu kamu, tentang tegahan dan perintah Nya bagitulah keadaan kamu dizaman jahiliyah dan berakhir kepada memeluk agama Islam, ini membuktikan bahawa Islam itu membawa manusia kepada penyatuan dikalangan umat manusia menuju kepada kejayaan dunia dan akhirat.

(lihat juga pada ayat 4.3.105)



.
[previoius] [next] [home] 


.
RUJUKAN SUMBER,

Juzuk4, Surah3  
Terjemahan, 101~110,
[GS]   https://sites.google.com/site/hartasepencarian/3-1/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8    

Entrepreneurs

Deleted DONE.

Oil Filter

Deleted DONE.