Monday, November 12, 2018

Al-Baqarah Ayat 275

3.2.275   
Juz:3,Surah:2.
Surah 2, Ayat 275:


.

Ringkasan tafsir
Dalam ayat ini menerangkan tentang jual beli dan riba, yang mana

Jualbeli bermaksud; pertukaran harta dengan harga dengan cara yang tertentu mengikut izin syarak.

Contoh jual beli sehelai baju; 
Modal baju itu 10 ringgit dan dijual dengan harga 20 ringgit, maka baju itu telah menjadi tukaran sebanyak 20 ringgit, dan kedua-dua penjual pembeli bersetuju maka terjadilah tukaran harta kedua-dua belah pihak (sehelai baju dan wang 20 ringgit).

Hukum jualbeli itu harus, adakala nya wajib, sunat, makruh dan haram.
Contoh;
Jualbeli itu wajib apabila memerlukan makan dan minum.
Jualbeli itu sunat apabila memerlukan barang yang dihajati.
Jualbeli itu makruh apabila menjual barang yang makroh (contoh jual kain kafan).
Jualbeli itu haram apabila berjualbeli pada masa mendirikan sembahayang Jumaat.

Riba itu bermaksud; lebih biak atau kembang dan melakukan riba itu adalah haram atas umat Islam dan riba itu bererti menekan dan memeras dengan tiada belas kasihan terhadap mereka yang lemah lagi miskin kesempitan. Adapun dalam syarak pula adalah melebihkan salah satu antara dua barang yang sejenis dalam pertukaran jual beli dan yang lebih itu diperolehi tanpa tukaran.
Contoh 1; jika baju itu dinilaikan untuk dijual dengan harga 10 ringgit, tapi menerima wang sebanyak 20 ringgit, maka lebihan 10 ringgit itu dikatakan bukan harta tukaran. Maka inilah dikatakan riba.
Contoh 2; jika seseorang berhutang dan berjanji untuk membayar pada waktu yang telah ditetapkan tapi apabila sampai tempoh, pemberi hutang datang menuntut hutang itu, dan penerima hutang minta tangguh dan sanggup bayar lebih bayaran nya lalu keduanya setuju, bagitulah keadaan itu berlaku berulang-ulang hingga hutang bertambah-tambah setiap waktu.  Maka inilah dikatakan riba.
.
[previous] [next] [home]


.
RUJUKANA SUMBER,   
Juzuk
3, Surah2
Terjemahan,
271~280,
 [GS] https://sites.google.com/site/laburinternet2/3/1 
Ulasan surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr    








Al-Baqarah Ayat 274

3.2.274 
Juz:
3,Surah:2.
Surah 2, Ayat 274:
.

Ringkasan tafsir;
Lanjutan dari ayat lepas (271). Ayat ini menerangkan bahawa orang yang bersedekah pada waktu malam atau siang dengan cara sembunyi atau terang-terangan asalkan baik  pada masa dan caranya, maka Allah sediakan pahala yang terbit dari amalan  mereka.  Dan mereka yang bersedekah itu tidak takut kepada kerugian didunia dan tidak berduka cita diakhirat, kerana beruntung berlipat kali ganda pahala yang akan diperolehinya.

( .... lihat ayat 282, membicarakan tentang penyaksian sesuatu urusan).

.
[previous] [next] [home] 

.
RUJUKAN SUMBER,  

Juzuk
3, Surah2
Terjemahan,
271~280,
 [GS] https://sites.google.com/site/laburinternet2/3/1 
Ulasan surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr     


Thursday, November 8, 2018

Al-Baqarah Ayat 267

3.2.267
Juz:
3,Surah:2.  
Surah 2, Ayat 267:


.

Ringkasan tafsir;
Hai orang yang beriman, berbelanjakan (keluarkan zakat dan sedekah) dari jenis-jenis yang baik-baik dari usaha kamu lakukan (dari hasil perniagaan, perdaganan, pertanian, emas, perak). Dan mengikut pendapat ulamak bahawa;
1. Ayat ini merupakan suruhan mengeluarkan zakat dan bersedekah dari harta mereka.
2. Ayat ini merupakan suruhan bersedekah dari harta mereka.
.
[preevious] [next] [home]


.
RUJUKAN SUMBER; 
Juzuk
3, Surah2
Terjemahan, 261~270,
 [GS] https://sites.google.com/site/45galas/3/1
Ulasan surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr     


Saturday, October 24, 2015

Surah Al-Imran 101~110

Al-Imran, dari Ayat 101~110 

101. Dan bagaimana kamu akan kufur, pada hal ada dibacakan kepada kamu firman-firman Allah dan ada diantara kamu Rasul nya ? dan barang siapa berpegang dengan Allah, maka sesungguhnya akan dipimpin dia kejalan yang lurus.

102. Hai orang-orang yang beriman ! berbaktilah kepada Allah dengan sebenar-benar keyakinan, dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu sebagai muslimin.

103. Dan berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah, dan janganlah kamu berpisah-pisah, dan ingat lah nikmat Allah atas kamu, tetakala kamu bermusuh-musuhan, lalu ia jinak kan antara hati-hati kamu, lantas dengan nikmat Allah kamu jadi bersaudaraan, pada hal, dahulunya, kamu dipinggir lubang dari neraka, tetapi ia selamatkan kamu daripada nya, bagitulah Allah terangkan kepada kamu tanda-tanda nya supaya kamu dapat pertunjukan.

104. Dan hendaklah ada dari antara kamu, satu golongan yang mengajak manusia kepada bakti, dan menyerah mereka berbuat kebaikan, dan melarang mereka dari kejahatan, dan mereka itu, ialah orang-orang yang dapat kejayaan.

105. Dan janganlah  kamu jadi seperti mereka  yang telah berpecah belah dan berselisihan sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan, dan mereka akan mendapat seksaan yang besar.

106. Dihari yang akan putih beberapa muka dan akan hitam beberapa muka,  ada pun orang-orang yang hitam mukanya akan dikata; “bukankah kamu telah kufur sesudah kamu beriman ? maka rasalah azab dengan sebab kamu telah kufur”.

107. Dan ada pun orang-orang yang putih mukanya itu, akan berdiam didalam rahmat Allah yang mereka akan kekal padanya.

108. Yang demikian itu ayag-ayat  Allah, kami bacakan dia kepada mu dengan sebenarnya, dan Allah itu tidak maksudkan kezaliman bagi makhluk.

109. Dan kepunyaan Allah lah apa-apa yang ada dilangit-langit dan apa-apa  yang ada dibumi, dan kepada Allah lah akan dikembalikan urusan-urusan.

110. Adalah kamu sebaik-baik umat yang di adakan untuk manusia : kamu menyuruh berbuat kebaikan, dan kamu melarang dari kejahatan, dan kamu beriman kepada Allah, dan jika ahli kita semua beriman, nescaya baik buat mereka tetapi sebahagian daripada mereka beriman, dan kebanyakan dari mereka orang-orang yang pasik.


Sumber dari;
[] https://sites.google.com/site/hartasepencarian/3-1/1

Folowing Twitter,
[] https://twitter.com/tammpajgmail/status/657937285355192320


,

Tuesday, August 11, 2015

Ulasan Surah Al-Ghaasyyah.



Surah 88:   
 
AL GHAASYYAH (peristiwa yang dahsyat).

Surah ini terdiri atas 26 ayat, termasuk surah-surah Makkiyyah, diturunkan sesudah surah Adz Dzaariat. Nama “Ghaasyiyah” diambil dari kata  “Al Ghaasyiyah” yang terdapat pada ayat pertama surah ini yang ertinya peristiwa yang dahsyat, tapi yang dimaksud adalah hari kiamat.  Surah ini adalah surah yang kerap kali dibaca Nabi pada rekaat kedua pada shalat hari Raya dan shalat jumaat.



Sumber; 
Khatam terjemahan ayat-ayat Al-Ghaasyyah (1~26),      
[BS]
http://smartherbsmlm.blogspot.com/2013/09/88.html



.

Entrepreneurs

Deleted DONE.

Oil Filter

Deleted DONE.