Monday, November 12, 2018

Al-Baqarah Ayat 275

3.2.275   
Juz:3,Surah:2.
Surah 2, Ayat 275:


.

Ringkasan tafsir
Dalam ayat ini menerangkan tentang jual beli dan riba, yang mana

Jualbeli bermaksud; pertukaran harta dengan harga dengan cara yang tertentu mengikut izin syarak.

Contoh jual beli sehelai baju; 
Modal baju itu 10 ringgit dan dijual dengan harga 20 ringgit, maka baju itu telah menjadi tukaran sebanyak 20 ringgit, dan kedua-dua penjual pembeli bersetuju maka terjadilah tukaran harta kedua-dua belah pihak (sehelai baju dan wang 20 ringgit).

Hukum jualbeli itu harus, adakala nya wajib, sunat, makruh dan haram.
Contoh;
Jualbeli itu wajib apabila memerlukan makan dan minum.
Jualbeli itu sunat apabila memerlukan barang yang dihajati.
Jualbeli itu makruh apabila menjual barang yang makroh (contoh jual kain kafan).
Jualbeli itu haram apabila berjualbeli pada masa mendirikan sembahayang Jumaat.

Riba itu bermaksud; lebih biak atau kembang dan melakukan riba itu adalah haram atas umat Islam dan riba itu bererti menekan dan memeras dengan tiada belas kasihan terhadap mereka yang lemah lagi miskin kesempitan. Adapun dalam syarak pula adalah melebihkan salah satu antara dua barang yang sejenis dalam pertukaran jual beli dan yang lebih itu diperolehi tanpa tukaran.
Contoh 1; jika baju itu dinilaikan untuk dijual dengan harga 10 ringgit, tapi menerima wang sebanyak 20 ringgit, maka lebihan 10 ringgit itu dikatakan bukan harta tukaran. Maka inilah dikatakan riba.
Contoh 2; jika seseorang berhutang dan berjanji untuk membayar pada waktu yang telah ditetapkan tapi apabila sampai tempoh, pemberi hutang datang menuntut hutang itu, dan penerima hutang minta tangguh dan sanggup bayar lebih bayaran nya lalu keduanya setuju, bagitulah keadaan itu berlaku berulang-ulang hingga hutang bertambah-tambah setiap waktu.  Maka inilah dikatakan riba.
.
[previous] [next] [home]


.
RUJUKANA SUMBER,   
Juzuk
3, Surah2
Terjemahan,
271~280,
 [GS] https://sites.google.com/site/laburinternet2/3/1 
Ulasan surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr    








No comments:

Post a Comment

Entrepreneurs

Deleted DONE.

Oil Filter

Deleted DONE.